Sekolah Menengah Akademi Islam Hj. Abdullah Suboh (SAIHAS) adalah
sebuah sekolah Agama Rakyat yang ditubuhkan dalam satu mesyuarat
jawatan kuasa penaja pada 31 Julai 1999 dan mula beroperasi sabagai
sebuah sekolah rendah pada tahun 2002,
dengan jumlah murid pada waktu itu hanyalah seramai 9 orang. Penubuhan
SAIHAS ini adalah diasaskan pada peringkat awal oleh Tuan Haji Ismail
Bin Haji Abdullah Suboh dan beliau telah mewakafkan tanah seluas 6
relung yang mana sebahagiannya seluas 2 relung diwakafkan
kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah khas untuk membina sekolah,
manakala bakinya seluas 4 relung akan dijual dengan kiraan baki persegi
untuk tujuan yang sama bagi pembinaan sekolah yang lebih tinggi.
Sebagai
sekolah agama rakyat, sumber
utama untuk pengurusan sekolah hanyalah bergantung kepada yuran murid
dan sumbangan orang ramai yang bersimpati membantu sekolah demi
mempertahankan pendidikan Islam.
Guru besar SAIHAS
bahagian rendah pada waktu penubuhan ialah Ustaz Hilmi
Bin Ghazali ia itu pada tahun 2002 dan digantikan selama 4 bulan oleh
Ustaz Shahabudin Bin Jaafar pada tahun yang sama. Kemudiannya ia sekali
lagi digantikan oleh Cikgu Abdullah dan Abd Wahab Bin Pin pada awal
tahun 2003 sehingga akhir bulan ogos tahun 2004,
kemudian pentadbiran sekolah ini seterusnya diserahkan sepenuhnya
kepada Ustaz shahabudin Bin Jaafar yang ketika itu selaku Timbalan
Pengerusi Lembaga Tadbir SAIHAS.
Oleh kerana pihak
Lembaga Tadbir Sekolah tidak mampu lagi meneruskan
pentadbirannya di sekolah ini. Pada awal September 2004, Ustaz
Shahabudin Bin Jaafar mengambil alih pentadbiran sekolah ini dengan
merangkap sebagai guru besar. Sehinggalah pada tahun 2009, beliau
menubuhkan pengajian bahagian menengah untuk memberi peluang
kepada pelajar bahagian rendah menyambung pengajian mereka di bangunan
yang sama , yang mana bilangan pelajar tingkatan 1 hanya seramai 16
orang, ( 13 lelaki 3 perempuan ) .
Pada tahun yang sama Tuan Haji
Omar Bin Din bemurah hati mewakafkan tanah seluas
2 ½ relung untuk memberi kemudahan tempat belajar di peringkat
menengah ia itu di kampung Sintok Bugis, Kota Kuala Muda. Sejak tahun
2005 pihak pentadbir sekolah telah memohon kepada bahagian Pendidikan
Islam Kementerian Pelajaran untuk menjadikan
SAIHAS Rendah dan Menengah sebagai Sekolah Agama Rakyat Bantuan
Kerajaan ( SABK ), tetapi malangnya SAIHAS Bahagian Rendah sahaja yang
diterima ia itu pada 7 September 2010, manakala SAIHAS Bahagian Menengah
ditolak dengan alasan bahawa SAIHAS Bahagian Menengah
belum ada bangunan sendiri walaupun sudah ada tapak yang diwakafkan
kepada Majlis Agama.
Sehubungan itu, pada 1 Oktober 2009
kerja menambah dan membina bangunan SAIHAS Bahagian Menengah dimulakan
hingga menjadi sebagai sekolah menengah
yang lengkap 2 buah asrama lelaki dan perempuan lengkap dengan bilik
air dan tandas yang mencukupi, 7 bilik kelas, sebuah surau, sebuah
pejabat, sebuah koperasi, sebuah perpustakaan, sebuah stor, sebuah
kantin, sebuah rumah warden (pelajar-pelajar perempuan)
dan 2 bilik warden pelajar-pelajar lelaki, sebuah gelanggang permainan
di hadapan sekolah ada tembok dan pintu serta pagar yang kemas
sekeliling bangunan sekolah dan asrama. Setakat ini bilangan pelajar
seramai lebih kurang 120 orang pelajar. Bilangan
guru termasuk pengetua pula adalah seramai 15 orang, kerani 2 orang,
pekerja am 2 orang, penyelia asrama seorang, warden 2 orang (dikalangan
guru).
No comments:
Post a Comment