PENGENALAN




Sekolah Akademi Islam Haji Abdullah Suboh merupakan sebuah sekolah agama rakyat negeri Kedah yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Sekolah ini menawarkan pengajian Al-Quran, Agama Islam Dan Akademik berdasarkan kepada kurikulum Azhriah Dan Kebangsaan seperti sekolah agama rakyat lain di negeri Kedah yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Setakat ini (2012) sekolah ini menawarkan peperiksaan PMR dan SMRA. Ada pun peperiksaan SPM dan STAM akan ditawarkan pada tahun-tahun akan datang.

Di samping pengajian dalam bentuk kurikulum Azhriah Dan Kebangsaan, sekolah ini juga menyediakan pengajian dalam bentuk ko-kurikulum seperti sukan, pertandingan bulan Bahasa Arab, Musabaqah Tilawah Al-Quran dan sebagainya yang dianjurkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman setiap tahun.

No comments:

Post a Comment