KEM BAHASA ARAB


PENDAHULUAN:

Mempelajari bahasa Arab sejak usia muda adalah satu tindakan tepat buat seseorang anak muslim, kerana bahasa ini adalah bahasa rasmi agama Islam. Al-Quran, Al-Hadis dan kitab-kitab muktabar agama islam adalah dalam bahasa Arab. Oleh yang demikian, beliau tidak akan menghadapi masalah untuk memahami isi kandungan Al-Quran, Al-Hadis dan kitab-kitab muktabar agama Islam jika beliau mempelajari bahasa ini dengan cara yang betul sejak awal pembelajaranya.
Selain itu, orang yang mempelajari bahasa Arab akan mudah mempelajari bahasa lain serta mudah menguasai ilmu-ilmu lain kerana dengan mempelajari bahasa ini mindanya akan berkembang dan pemikirannya akan jadi lebih kereatif sejajar dengan tabiat dan sifat bahasa Arab yang dinamik. Ringkasnya mempelajari bahasa Arab di usia muda amat sangat penting untuk memastikan kecemerlangan dunia dan akhirat seorang muslim.
Oleh yang demikian, pihak sekolah menengah Akademi Islam Darul Aman (SMAIDA) sekali lagi akan menganjurkan kem bahasa Arab ((Tamkinul Arabiah))  buat kali ke 3 selepas kejayaannya menganjurkan kem ini pada bulan Disember tahun 2011 dan 2012 yang lalu. Pada kali ini, pihak (SMAIDA) berharap kem ini akan mencapai semua sasarannya dengan cemerlang sekali lagi seperti kali pertama dan ke dua yang telah lalu. Sokongan dan doa restu semua pihak akan menjadi inspirasi utama kajayaan kem ini nanti.
Terima kasih diucapkan terlebih dahulu kepada semua yang turut terlibat menghulurkan tangan membantu menjayakan usaha mulia ini. 

KEM BAHASA ARAB 2013
1- PENDAHULUAN KEM BAHASA ARAB 2013
2- OBJEKTIF KEM BAHASA ARAB 2013
3- PENGISIAN PROGRAM
4- IKLAN KEM BAHASA ARAB 





No comments:

Post a Comment