Wednesday 26 September 2012

KEMASUKAN PELAJAR BARU TAHUN 2013 DI BUKA SEKARANG


Tawaran Kemasukan Sesi 2013
Bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 Dan 5
bermula 1 Oktober 2012

SMAIHAS yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Kedah no. Pendaftaran 5/2004 merupakan salah satu institusi pendidikan yang menggabungkan KBSM dan Kurikulum Azhari yang melayakkan pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar dan Universiti Timur Tengah melalui peperiksaan STAM selain mendapat peluang ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan melalui lepasan SPM.
Syarat kemasukan
Lulus UPSR serta lulus ujian bacaan Al-Quran dan ujian bertulis di bawah kelulusan sekolah .
Pengambilan borang : Boleh di ambil di pejabat sekolah mulai 1 September 2012 dengan bayaran RM 3.00 untuk pengurusan temuduga.
Tarikh tutup permohonan : Borang permohonan yang lengkap disertakan salinan surat beranak dan salinan keputusan percubaan UPSR hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah selewatnya 30 November 2012.
SILA DAPATKAN BORANG DI ALAMAT BERIKUT :
SEK.MEN.AKADEMI ISLAM HJ. ABDULLAH SUBOH
Kg. Sintok Bugis, Jalan Pantai Merdeka
                Hubungi @ SMS : 

Ustazah Shahidah              : 019-6018545

Ustz. Sukri                          : 019-4348244

Ustz. Zolkepley                   : 013-4807576

Nasihah                                : 019-4452047


08500 Kota Kuala Muda
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-4374109
Fax : 04-4376308
E – mail : smaihaskkm@yahoo.com
atau : nsmaihas@gmail.com 

Monday 24 September 2012

CALON PIDATO B. ARAB SMAIHAS DAPAT NAIB JUARA PERTANDINGAN PIDATO B. ARAB

Al-Hamdu Lillah, calon pertandingan pidato b. Arab yang diadakan di Muassasah Darul Ulum di KM 25 Kuala Nerang telah menangi tempat ke dua dalam pertandingan itu.

Tuesday 18 September 2012

SEJARAH PENUBUHAN SEK MEN AKADEMI ISLAM HAJI ABDULLAH SUBOH


Sekolah Menengah Akademi Islam Hj. Abdullah Suboh (SAIHAS) adalah sebuah sekolah Agama Rakyat yang ditubuhkan dalam satu mesyuarat jawatan kuasa penaja pada 31 Julai 1999 dan mula beroperasi sabagai sebuah sekolah rendah pada tahun 2002, dengan jumlah murid pada waktu itu hanyalah seramai 9 orang. Penubuhan SAIHAS ini adalah diasaskan pada peringkat awal oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Abdullah Suboh dan beliau telah mewakafkan tanah seluas 6 relung yang mana sebahagiannya seluas 2 relung diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah khas untuk membina sekolah, manakala bakinya seluas 4 relung akan dijual dengan kiraan baki persegi untuk tujuan yang sama bagi pembinaan sekolah yang lebih tinggi.

Sebagai sekolah agama rakyat, sumber utama untuk pengurusan sekolah hanyalah bergantung kepada yuran murid dan sumbangan orang ramai yang bersimpati membantu sekolah demi mempertahankan pendidikan Islam.

Guru besar SAIHAS bahagian rendah pada waktu penubuhan ialah Ustaz Hilmi Bin Ghazali ia itu pada tahun 2002 dan digantikan selama 4 bulan oleh Ustaz Shahabudin Bin Jaafar pada tahun yang sama. Kemudiannya ia sekali lagi digantikan oleh Cikgu Abdullah dan Abd Wahab Bin Pin pada awal tahun 2003 sehingga akhir bulan ogos tahun 2004, kemudian pentadbiran sekolah ini seterusnya diserahkan sepenuhnya kepada Ustaz shahabudin Bin Jaafar yang ketika itu selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Tadbir SAIHAS.

Oleh kerana pihak Lembaga Tadbir Sekolah tidak mampu lagi meneruskan pentadbirannya di sekolah ini. Pada awal September 2004, Ustaz Shahabudin Bin Jaafar mengambil alih pentadbiran sekolah ini dengan merangkap sebagai guru besar. Sehinggalah pada tahun 2009, beliau menubuhkan pengajian bahagian menengah untuk memberi peluang kepada pelajar bahagian rendah menyambung pengajian mereka di bangunan yang sama , yang mana bilangan pelajar tingkatan 1 hanya seramai 16 orang, ( 13 lelaki 3 perempuan ) .
Pada tahun yang sama Tuan Haji Omar Bin Din bemurah hati mewakafkan tanah seluas 2 ½ relung untuk memberi kemudahan tempat belajar di peringkat menengah ia itu di kampung Sintok Bugis, Kota Kuala Muda. Sejak tahun 2005 pihak pentadbir sekolah telah memohon kepada bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran untuk menjadikan SAIHAS Rendah dan Menengah sebagai Sekolah Agama Rakyat Bantuan Kerajaan ( SABK ), tetapi malangnya SAIHAS Bahagian Rendah sahaja yang diterima ia itu pada 7 September 2010, manakala SAIHAS Bahagian Menengah ditolak dengan alasan bahawa SAIHAS Bahagian Menengah belum ada bangunan sendiri walaupun sudah ada tapak yang diwakafkan kepada Majlis Agama.

Sehubungan itu, pada 1 Oktober 2009 kerja menambah dan membina bangunan SAIHAS Bahagian Menengah dimulakan hingga menjadi sebagai sekolah menengah yang lengkap 2 buah asrama lelaki dan perempuan lengkap dengan bilik air dan tandas yang mencukupi, 7 bilik kelas, sebuah surau, sebuah pejabat, sebuah koperasi, sebuah perpustakaan, sebuah stor, sebuah kantin, sebuah rumah warden (pelajar-pelajar perempuan) dan 2 bilik warden pelajar-pelajar lelaki, sebuah gelanggang permainan di hadapan sekolah ada tembok dan pintu serta pagar yang kemas sekeliling bangunan sekolah dan asrama. Setakat ini bilangan pelajar seramai lebih kurang 120 orang pelajar. Bilangan guru termasuk pengetua pula adalah seramai 15 orang, kerani 2 orang, pekerja am 2 orang, penyelia asrama seorang, warden 2 orang (dikalangan guru).